dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) Bersama Pelajar Sekolah Kebangsaan Andek Mori

9 Oktober 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Oktober 2024 bersamaan hari selasa telah diadakan satu Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Andek Mori. Taklimat bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada 8.30 pagi melibatkan hampir 150 orang pelajar dan 20 orang guru. Taklimat ini memfokuskan kepada agenda ‘Keselamatan Internet’ kepada semua para pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 1 sehingga Tahun 6. Melalui slaid berkenaan turut ditayangkan video animasi melibatkan aktiviti buli siber, scam dan penciptaan kata laluan bagi tujuan keselamatan kepada pelajar.

Petugas NADI turut menerangkan tentang Maxis eKelas khusus kepada pelajar Tahun 4 sehingga Tahun 6 di samping mempromosikan NADI kepada para pelajar dan guru-guru. Petugas NADI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar iaitu Cikgu Norhisham bin Oyob atas keizinan memberikan peluang keemasan kepada pihak NADI untuk memberikan taklimat sekaligus pendaftaran percuma kepada semua pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.